Wednesday, 10 February 2016

AS A PRACTICAL STUDENT

Assalamualaikum , lama pula rasanya tak menulis di blog ni. Sungguh rindu aiehh. Hahaha. Sekarang aku dah nak habis belajar pun, weeuu tak lama lagi grad la aku as a Dip student in Tech Managment.
Tapi, prasyarat untuk aku grad biasa lah, kena menjalani praktikal selama 5 bulan. Haishh, memang betul laa orang cakap alam pekerjaan ni lah yang sebenarnya kita akan jumpa dengan pelbagai spesis manusia dari seluruh pelosok dunia. And baru sekarang aku dapat rasa how it feels.
Kalau jiwa tak kental, serius cakap, kau takkan tahan, Biasa lah kalau kerja bawah orang kan, semua yang dicakap mesti dituruti. Kalau ada silap kita, dimarah, ditengking, diherdik, actually itu semua one of learning process. Dari situ kau boleh belajar banyak perkara.

Always think positive in any situation. Kalau mentaliti tu dah set negative, negative je la jawabnya. Ubah cara pemikiran dan cara anda bertindak! You can make a different! Kah ayat iklan plak ...

 Well, aku just nak kongsi sikit pasal masa aku sepanjang aku bekerja di sebuah syarikat di putrajaya ni. Fuhh, boss aku tu garang nak mampuih bak hang. ketaq lutut weyh!! , tapi kadang aku tak berapa suka cara dia. Aku pendam je laa, mana berani nak cakap depan-depan kan? Macam kes tadi pagi, akak yang handle aku dengan mate aku pepagi dah marah aku, disebabkan aku ada silap something. Sebabnya, boss marah dia tengah-tengah malam buta. Satu sikap boss aku tak rasional pada mata aku la. Nak marah pun malam-malam buta. pagi sampai petang tak pulak kau nak bising. Tapi aku diam je sebab dah terang-terang salah aku.

Cuma tak sihat laa untuk badan kita, setiap pagi kita kan seeloknya dimulakan dengan senyuman. Bukannya marah-marah camni. Aku luah dekat mama aku, maklumlah anak kuat mengadu hehehe , tapi bukan mengadu yg salah-salah laa erkk. Mama cakap biasalah tu, memang betul kalau boss nak marah pun yela kan dah salah aku. tak boleh dah nak cover line last minit pergi blame orang lain. Tapi mama cakap itu semua adat dalam alam pekerjaan ni. Mula-mula kau kena marah, then bila kau perform yang terbaik, kau akan disanjung sebabkan hasil kerja kau.

Apa-apa pun, sentiasa be strong and think positive always. Kalau nak berjaya, mestilah sentiasa cari peluang untuk baiki diri sendiri, bukannya cari masa untuk menjatuhkan orang lain. Usaha tangga kejayaan. Usaha, Berdoa, Tawakal In Shaa Allah pasti kita akan berjaya.

See you guys !!

Regards,

zaty