Monday 11 March 2013

realiti sebuah kehidupan

bukan mudah untuk menempuhi dunia luar yang penuh cabaran dan onar duri. Bagi saya yang baru berusia 18 tahun yang belum mengenali dengan sepenuhnya dunia luar amatlah merupakan suatu cabaran buat saya . Pelbagai andaian yang dibuat , bermacam kata yang didengar mengenai dunia luar . Namun ia tidak sedikit pun menggentarkan semangat saya untuk menempuhinya . Apa yang ada di luar sana ? Kalau tidak dilihat masakan kita tahu . Kalau tidak dicuda hasilnya tidak akan kita perolehi . Kata kata semangat sentiasa saya titipkan buat diri saya agar saya tidak berasa gentar mahupun gerun untuk menghadapi cabaran di luar sana. Di tikar sejadah tempat saya luahkan segala masalah , memohon secebis kekuatan dari yang Maha Esa agar saya bisa bangun dan terus mengorak langkah menuju kejayaan yang sentiasa menunggu orang-orang yang tidak kenal erti putus asa . 

No comments:

Post a Comment