Tuesday 26 March 2013

RENTETAN HIDUPKU

semenjak tamat sekolah last year 2012 , kerja aku just duduk rumah ja . Nak attend job , parents tak allowed , nak pergi buat lesen kereta , parents cakap tunggu beberapa bulan lagi . So hidup aku hari-hari selama dua bulan beermula dari bulan Disember tahun lepas sampai lah bulan Januari tahun ini cuma duduk rumah tolong nenek mengasuh adik sepupu yang baru umur setahun . Tambah pula dengan adik sepupu kembarku yang umur 5 tahun yang perangai memang tahan azab jugaklah nak layan dua-dua tu . Nenek pulak memang dah lepas tangan lah nak jaga kembar tu . So , bagi nak kurangkan tekanan nenek yang ada darah tnggi tu , aku pun volunter lah nak jaga budak dua orang ni . Haih kerenah diaorang dua ni memang boleh buat aku yang takdak darah tinggi ni terus boleh ada . Tapi masuk ja bulan 3 , fuhhh !! legaa sebabnya parents aku dah mula hantar aku pergi ambil lesen kereta . Ditambah pulak dengan kakak kepada kembar dua tuh dah balik dari PLKN . So dua budak nakal tuh dah tak perlu lah aku nak tolong jaga lagi .. hehehe.. ada aura jahat sikit yang muncul ..
            Tapi sekarang ini hidup aku takda lah lengkap sangat pun . Sedih dan rasa kosong dalam diri tu dapat aku rasa . Kesunyian yang jarang aku rasa sebelum tiba-tiba hadir semenjak dua menjak ini bila teman-teman rapatku berada jauh dari aku . Teman istimewa pula nampaknya sudah susah pula sekarang ni nak jumpa . Semuanya bikin hidup aku bercelaru . Walaupun aku tersenyum di luar , namun tiada seorang pun yang tahu sakit di dalam yang aku rasakan . Kesakitan itu ,kepedihan itu , kesunyian itu , terpaksa aku lalui semuanya seorang diri . Cuma satu pintaku di saat ini , satu harapan ku detik ini , aku ingin dia disisi ku. Aku ingin kongsikan kesemua rasa hatiku kepada dia . Dengarlah wahai rembulan , aku merindui kenangan bersama si dia . 

No comments:

Post a Comment